Sunday, 16 January 2011

kalam pembukaan Jalan D.A.K.W.A.H

Pengenalan Usrah
Perkataan usrah berasal dari kalimah Arab, (الأسرة ( yang bermaksud keluarga. Manakala menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, keluarga bermaksud kaum, saudara mara, kaum kerabat, sanak saudara atau pun ia disebut sebagai Famili. Di dalam kamus al-Munjid Fi al- lughatu Wa al-A’lam adalah mufrad kepada
 (أسر ) iaitu satu kumpulan yang mempunyai hubungan yang kukuh.


Manakala dari segi istilahnya pula, usrah bermaksud kumpulan atau individu atau mukmin yang beriman dengan agama Islam, berusaha dan tolong- menolong di antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam berdasarkan kepada perintah Allah di dalam surah al-Maaidah ayat 2 yang bermaksud “ Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam membuat dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaan-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya).


Pembentukan Usrah yang pertama yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w ialah di rumah al-Arqam bin Abi –Arqam. Rasul mengajar mereka yang hadir setiap ayat Quran yang diturunkan. Baginda juga menekankan proses pembinaan sifat-sifat luhur seperti baik hati,amanah, bertanggungjawab, bercakap benar, berani dan sebagainya di dalam diri para sahabat.


Jelaslah di sini bahawa ‘usrah’ bukan sahaja tempat untuk menyampaikan atau mendapatkan ilmu, malahan ia merupakan tempat untuk sesama ahli kumpulan membincangkan sesuatu masalah yang timbul dan juga tempat untuk membentuk peribadi dan sahsiah ahli usrah dan bertolong-tolong apabila ada ahli yang ditimpa kesusahan. Usrah juga merupakan satu medium dakwah untuk berdialog mengenai Islam secara dinamik. Dengan ini ia dapat meningkatkan mutu ukhuwah atau persaudaraan antara kawan sekampus, adik beradik, jiran tetangga, rakan sepejabat dan masyarakat umumnya.


Justeru itu, ana dan beberapa sahabat telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan geng USrah Online dan mewujudkan laman diskusi Jalan D.A.K.W.A.H. Tujuannya untuk berkongsi pelbagai cabang ilmu seperti bidang agama, sains teknologi, ekonomi, politik, isu semasa, hal rumahtangga dan lain-lain cabang yang tidak disebut.

 Objektif



1.Melahirkan para geng usrah yang cakna dengan pelbagai cabang ILMU.
2.Mempertingkatkan kefahaman ILMU dan melazimi amalan sunnah.
3.Mengeratkan hubungan silaturrahim dan menjalinkan suasana mahabbah..
4.Memantapkan lagi sahsiah diri untuk memperkasa ILMU dan menjadikan diri sebagai bahan rujukan dan Qudwah Hasanah, insyaallah.

Misi
Melahirkan pelapis untuk menjadi pendakwah, daie dan sukarelawan dalam NGO yang sentiasa siap siaga untuk berhisbah!

JUSTIFIKASI


1.Indeks keruntuhan akhlak dikalangan remaja PEREMPUAN khususnya semakin kritikal.
2.Meningkatkan rasa PEDULI masyarakat terhadap amar maaruf, nahi mungkar.
3.Memartabatkan ISLAM selari dengan ketetapan yang telah termaktub.



Penyertaan geng USrah Online (gUO)
Semua kaum hawa berumur 15 ke atas. sama ada yang belajar, bekerja, dan pelbagai latar status, selagi mana ingin dan mahu untuk berkongsi ILMU, bertukar pendapat dan menebar pandangan untuk manfaat bersama.

Hari Waktu Masa berUsrahOnline.
akan diUMUMKAN dari masa ke semasa dalam Yahoo Group (yG) gUO tertakluk kepada naqibah.

telah ditubuhkan
mula berUO pada 30 Jun 2008
cipta yahoo Group sejak 17 okt 2008
blog dahulu wacana-ilmiah terpaksa ditutup atas sebab telah diceroboh masuk.

insyaallah hari ini 16 Januari 2011, uO kembali di alam maya dengan tebaan ILMU dan percambahan IDEA yang lebih meluas. jemputlah masuk dan menyertai gUO untuk memperkasakan diri dalam pelbagai ILMU.

semoga dengan kewujudan blog, geng Usrah Online ini sedikit sebanyak dapat menambah ruang lingkup connecting UMMAH dan menyatukan FIKRAH sesama kita umat Nabi Muhammad s.a.w dengan berpaksikan Al QUran bernadikan as Sunnah.

mohon cebisan doa, hembusan kekuatan kepada semua sahabat gUO untuk terus dan terus menyambung wasilah yang bernama jalan D.A.K.W.A.H. sebarang cadangan, komen sangat dialukan. boleh hantar melalui komen di setiap entri blog atau email ke

usrahteam@gmail.com



wallahu'alam. salam juang. salam DAKWAH!! sirru ala barakatillah wa fastabikul khairat..